Memaparkan catatan dengan label untuk mu ibu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label untuk mu ibu. Papar semua catatan

Selasa, 22 Februari 2011

saaT aku Di SisiMu IBu



di saat ibuku tertidur lena,
aku melihat dia dengan tenungan yg jarang aku lihat,
aku cuba bayangkan,

seandainya ibu tiada lagi disisiku,

siapa yg akan menjadi bahuku?,
siapa yg akan mendengar segala ceritaku?,
siapa yg akan pikul sgla ceritaku?
siapa yg akan menelefonku pd hening pagi?,
siapa yg akan memasak makanan kegemaranku?,

oh ibu,

seandainya kau tiada,
siapakah aku skg??
apakah corak hidupku seandainya bukan engkau yg membentuk ku,

engkau sering tersenyum,
walaupun ku tahu senyuman itu penuh dgn rahsia,

setiap kali engkau menitiskan air mata,
ku tahu,
aku yg membuatkan engkau menangis wahai ibuku.

ibu,
di saat aku dilamar,
engkau menangis,
engkau menangis kerna aku......

serangkai ayat yg tak akan aku lupakan

"ibu belum bersedia untuk kehilanganmu"

menintis air mata ku,
air mata ank yg masih mentah soal kehidupan,
tatkala engkau berkata begitu baru aku mengerti,
yg engkau IKHLAS menyanyangiku sepenuh hatiku..

aku rela lepaskan segalanya hanyalah untukmu wahai ibuku..
kerana syurgaku ada ditelapak kakimu.



"YA ALLAH IZINKANLAH AKU PERGI DULU SEBELUM IBUKU,SEDIAKANLAH SYURGA DISANA BUAT MEREKA YA ALLAH"